Saturday, October 25, 2014

TERIMA KASIH CIKGU! :D

Lama betul dan tak update blog.. Bukan takde cerita, banyak sebenarnya.. konvokesyen day, hari raya, hari persaraan guru besar, rumah hantu and hari guru pun byk gak story to be shre.. and banyak gak laa peristiwa yang berlaku.. cuma kesibukan harian dan kesukaran nak access internet menghalang nak menulis kat sini.. so, this time rasa nak publish cerpen hasil nukilan aku sendiri.. Memang dah lama minat nak tulis cerpen.. even masa zaman sekolah dulu, ada gak laa cerpen yang aku buat dimasukkan dalam majalah sekolah.. cuma entahlah.. sekali lagi.. masa menjadi penghalang.. hmmm.. bila ada seorang cikgu minta tolong buat assignment dia berkenaan penghasilan cerpen, aku ambil peluang untuk menghasilkan sebuah cerpen.. and orang yg berkarya ni biasanya imaginasi dia tinggi. so, and aku akui, sepanjang menulis cerpen ni, anak murid aku yang nakal.. MUHAMMAD SYAHMI BIN KHALID .. yang aku kenal masa dia darjah 4 / 2009.. ex-student Bukit Jelutong yang bertukar ke SK TTDI Jaya.. So, sepanjang cerpen ni dibuat, aku ambil kisah aku dgn syahmi dan tentunya ada yang aku tambah dan reka.. :)... enjoy laa hasil pertama aku di dunia maya ni..

P/S : If you guys read this story before, maybe karya aku ni dah dipublish somewhere sebab as aku bgtau awal tadi.. cerpen ni adalah assignment seorang cikgu yang aku bantu..  



TERIMA KASIH CIKGU


Syahmi menghentikan keretanya dibahu jalan. Betul-betul bersebelahan dengan pintu pagar masuk Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya itu. Dia keluar dari keretanya dan berjalan masuk berjumpa dengan pengawal yang bertugas. Kehadirannya ke sekolah pagi itu hanya atas satu tujuan. Untuk mencari seseorang. Seseorang yang telah banyak mengubah dirinya. Seseorang yang membangunkannya dari lena dan leka. Seseorang yang pernah menjadi musuhnya. Tapi hari ini, dia hadir hanya untuk mengucapkan kata-kata keramat. Kata-kata yang Syahmi sendiri percaya bisa membayar segala pengorbanan yang dilakukan.


Syahmi berdiri di tepi pondok pengawal keselamatan yang telah ditinggalkan hampir sembilan tahun lalu. Betul-betul disebelah laluan masuk murid-murid. Dia di situ seawal jam 7.15 pagi. Murid-murid yang lengkap berpakaian sekolah masuk bertalu-talu. Syahmi memerhatikan kereta guru yang masuk. Beberapa kenderaan terus menghimpit pintu pagar sekolah itu. Dari kejauhan Syahmi melihat kelibat sebuah kereta Proton Perdana merah masuk. Walaupun samar, dia masih dapat melihat pemandunya dengan jelas  Seorang guru lelaki meletakkan keretanya dihujung bangunan. Walaupun sudah bertukar kenderaan, dia yakin, itulah orang yang dicari dan ditunggu. Dia memerhatikan dari jauh beberapa kanak-kanak yang datang ke arah guru itu untuk membantunya membawa buku. Syahmi hanya tersenyum. Kenangan dahulunya terus hadir kembali.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“Cikgu tak cukup lagi ke nak hina saya? Bukan cikgu yang bagi saya makan. Cikgu tak tahu apa yang saya terpaksa buat setiap hari. Pergi sekolah, balik rumah, kerja sampai malam.” Air mata terus mengalir. Syahmi sudah tidak segan meluahkan rasa hatinya. Semua rakan-rakan di dalam kelas terdiam. Ada yang berbisik sesama sendiri. Cikgu Zulkifli sekadar memandang tepat pada wajah Syahmi. Sedikit geram. Tapi dibiarkan muridnya itu meluahkan segala rasa hati. Menyesal kerana tidak pernah mengambil tahu tentang kehidupan anak muridnya itu. Setiap hari ada sahaja kata-katanya yang menyakitkan hati Syahmi. Geram dengan sikap Syahmi yang sangat aktif bersukan sehingga melupakan akademik. Kerja rumah yang diberikan pun tidak disiapkan oleh anak muridnya itu.

Tapi hari ini, baru beliau sedar. Ada perkara yang disimpan dan dipendam anak muridnya itu. Setiap hari ada sahaja perbuatan anak muridnya itu yang menjadi tegurannya. Ada sahaja kesalahan walau sekecil manapun, menjadi bahan untuknya marah sehingga hari ini segala yang dipendam oleh Syahmi diluahkan olehnya.  Kasihan Syahmi. Pelajaran pada hari itu berakhir begitu sahaja. Kelas hanya senyap dan sunyi. Tiada bunyi selain bunyi pusingan kipas. Tiada siapa juga yang berani bersuara. Malah kebenaran untuk ke tandas seolah tidak lagi wujud. Semuanya tunduk menyembunyikan wajah. Memandang buku kerja dihadapan. Syahmi juga begitu. Tunduk menghadap buku. Lahir titisan air mata jatuh ke atas bukunya. En. Zulkifli cuba berbuat seolah tiada apa yang berlaku. Dia hanya mengarahkan murid-muridnya menyiapkan buku aktiviti sehingga loceng berbunyi.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Apa yang berlaku di dalam kelas 6 Bestari tadi cukup mengganggunya. Timbul kesal namun sebagai seorang guru, dia bijak menyembunyikan rasa ego itu. Syahmi mungkin dilihat sebagai murid yang kurang ajar kerana berani meninggikan suaranya. Namun, hakikatnya, anak murid itu terpaksa berbuat demikian. Mungkin sudah hilang rasa hatinya untuk memendam segala. Malah, selama ini, apa sahaja yang dikatakan, tidak pernah dilawan Syahmi. Dia lebih mudah mendengar dan menunduk. Kurang bercakap. Cuma sikapnya yang jarang menyiapkan kerja sekolah benar-benar mengecewakan. Apa yang dilihat, Syahmi begitu aktif bersukan. Apa sahaja objek yang ada didepannya ditendang. Seolah sedang bermain bola. Memang Syahmi merupakan ayam tambatan di sekolahnya, namun En. Zulkifli khuatir jika dia leka. Tahun ini amat penting baginya. UPSR akan ditempuh tidak lama sahaja lagi.
Encik Zulkifli keluar dari Bilik Guru. Dari kejauhan En. Zulkifli memandang Syahmi yang duduk bersendirian bersebelahan bengkel Kemahiran Hidup. Syahmi duduk di lantai laluan blok menghala ke arah padang. Tiada siapa yang menemaninya. Syahmi hanya bersendirian. Terdapat dua tiga orang murid yang berlari-lari di kawasan yang sama. Berkejaran pada waktu rehat. En. Zulkifli menggelengkan kepala. Melihat sikap Syahmi yang terus berubah sejak apa yang terjadi dua hari lalu itu menambahkan rasa kesalnya. Malah sepanjang waktu matapelajaran Bahasa Melayu yang diajarnya tadi, Syahmi langsung tidak bersuara. Sedangkan sebelumnya murid inilah yang membuat kelas 6 Bestari riuh. Ada sahaja kata-katanya yang melahirkan hilai tawa murid-murid lain. En. Zulkifli buntu. Menyesali kata-katanya terhadap anak muridnya itu. Sesuatu perlu dilakukannya. Dia tidak mahu anak muridnya yang seorang itu terus murung. Syahmi memang seorang murid yang aktif dan baik. Pencapaian akademiknya juga tidak jauh ketinggalan. Cuma sikap acuh tak acuhnya sahaja yang membuatkan dirinya tidak dapat bersaing dengan rakan-rakan lain.

Di hujung blok Kemahiran Hidup itu, Syahmi hanya duduk diam membisu. Tidak diendahkan sesiapa sahaja yang lalu dihadapannya. Malah panggilan rakan-rakannya yang mengajaknya turut serta makan di kantin tidak dipedulikan. Bibirnya tertutup erat. Ada getar dihatinya. Masih terngiang-ngiang kata-kata En. Zulkifli walaupun sudah dua hari berlalu. Panas hatinya. Padanya, cikgu itu tiada hak untuk memperlekehkan dirinya. Malah kata-kata En. Zulkifli itu didengari oleh semua rakan sekelasnya. Ia ibarat satu penghinaan buat dirinya.
“Sukan tak akan membawa kamu kemana. Utamakan pelajaran kamu. Tahun ini kamu akan menghadapi UPSR. Kamu hendak masa depan kamu gelap? Hendak jadi tukang cuci tandas?”

Kata-kata ini terus menghiris hati dan perasaannya. Menguji kesabarannya. Berulang-ulang ditelinganya. Hanya kerana dia terlewat masuk ke kelas pagi itu, dia ditengking dan ditohmah dengan kata-kata sebegitu. Apa yang lebih menjadi kesalnya, mengapa pekerjaan tukang cuci tandas menjadi bahan ejekan. Hinakah seorang tukang cuci tandas? Bunyi loceng terus mematahkan lamunan Syahmi. Dia bergerak dan beredar terus ke kelas. Seperti masa matapelajaran Bahasa Melayu sebelum rehat tadi, Syahmi masih tidak berubah. Dia terus berdiam seorang diri. Teguran Puan Hasnah yang merupakan guru matematiknya juga hanya dipandang sepi. Berkaca air matanya seketika ditegur cikgu Hasnah namun diseka cepat. Hari ini Syahmi benar-benar sudah jauh. Tiada langsung fokusnya untuk mendengar kata-kata gurunya. Hatinya patah. Dia hanya mahu pulang hari ini. Malas untuk berdepan dengan sekolah lagi. Dengan rakan-rakan. Dan yang paling utama dengan En. Zulkifli.

@@@@@@@@@@@@@


“Syahmi,..” En. Zulkifli menegur Syahmi dari belakang. Syahmi menoleh dan terus melemparkan pandangannya jauh ke tepi. Cuba mengelak dari melihat wajah En. Zulkifli. Guru yang menyebabkan rasa ingin ke sekolahnya hilang. Satu malam dia berfikir tentang kata-kata En. Zulkifli, malah di dalam mimpinya malam kelmarin, seakan satu kepuasan kerana dapat juga menghinggapkan satu penumbuk tepat ke arah muka guru itu.

“Syahmi, jika kamu ada kelapangan hari ini, saya harap kamu boleh datang berjumpa saya dibilik guru. Ada perkara yang perlu saya bincangkan dengan kamu.”  En. Zulkifli bersuara lembut. Seakan memujuk. Syahmi masih tidak memandangnya.

“Atau mungkin kamu boleh tolong hantarkan buku-buku ini ke meja saya di bilik guru?” En. Zulkifli masih mengumpan. Syahmi hanya menjeling sedikit ke arah tangan En. Zulkifli  yang penuh dengan buku-buku latihan yang perlu disemak.

“Saya nak masuk kelas. Takut lewat. Nanti kena tengking dengan cikgu lagi.” Sindir Syahmi dan terus berlalu. En. Zulkifli hanya terdiam. Beliau sedar yang anak muridnya masih menyimpan rasa dendam terhadap dirinya. Matanya terus melihat kelibat Syahmi yang berlalu meninggalkannya. En. Zulkifli terdiam. Terus berlalu ke bilik guru dengan bebanan buku ditangan sehingga seorang murid perempuan datang menegur dan membantunya.

Selepas waktu rehat itu merupakan masa untuk matapelajaran Bahasa Melayu. Syahmi sudah tidak senang duduk. Hendak melihat wajah En. Zulkifli pun dia tidak mampu, apatah lagi mendengar suaranya untuk sejam akan datang. Dia terus mencapai beg sekolahnya dan meminta Alif yang duduk di tepi tingkap bertukar tempat. Kelas masih lagi bising dengan suara-suara yang biasa. En. Zulkifli masih tidak menampakkan kelibatnya. Sudah lima minit berlalu. Syahmi masih terus berdiam dihujung tepi tingkap. Niatnya hanya satu. Ingin menghalakan matanya menembusi tingkap itu jika En. Zulkifli masuk nanti. Malas untuk memberi fokus kepada gurunya yang seorang itu.

Akhirnya, tepat jam 10.42 pagi, En. Zulkifli masuk ke kelas. Tergesa-gesa. Terus meletakkan bukunya ke atas meja guru dan berdiri. Semua murid 6 Bestari bangun serentak. Syahmi juga berdiri. Perlahan. Sejurus selepas memberi salam, terus sahaja En. Zulkifli menyatakan permohonan maafnya kerana terlewat masuk ke kelas.

“Saya ada urusan di pejabat sebentar tadi. Saya diarahkan untuk membuat sesi pemilihan bagi mencari wakil sekolah dalam acara sukan olahraga yang akan diadakan pada Bulan Mac nanti. Jadi, sesiapa yang berminat untuk menyertai pemilihan ini, saya berharap kamu semua boleh hadir ke sekolah pada hari sabtu ini. Pengumuman lanjut akan saya maklumkan semasa perhimpunan pagi esok.” Panjang lebar penerangan En. Zulkifli. Matanya terus mencari Syahmi yang sudah bertukar tempat duduk itu.

“Syahmi. Kenapa kamu duduk di sana? Tempat duduk kamu dimana?” tegur En. Zulkifli. Syahmi hanya tunduk diam.

“Tukar tempat duduk kamu sekarang. Jangan berbuat sesuatu tanpa meminta izin.” En. Zulkifli meninggikan sedikit suaranya. Syahmi terus mengangkat begnya dan berlalu ke tempat duduk asalnya. Alif juga terpaksa kembali ke tempat asalnya. Rakan-rakan yang lain hanya diam membisu. Tidak mahu melihat kelas menjadi tegang seperti beberapa hari lalu. Semua terkejut dengan tindakan Syahmi yang menjerit memarahi gurunya itu.

“Satu lagi, pastikan kamu datang pada hari sabtu ini untuk sesi pemilihan olahraga.” Syahmi tidak membalas. Terus duduk. Kelas 6 Bestari senyap. Pelajaran pada hari itu berjalan lancar. Cuma Syahmi yang banyak mengelamun dan berfikir. Kenapa cikgu Zulkifli memaksanya untuk datang sesi pemilihan wakil sekolah sabtu ini. Bukankah dia tidak pernah menyokong sebarang aktiviti sukan yang dilakukan? Dialah yang menghinanya, mengherdik dirinya kerana lewat masuk ke kelas. Yang menghalang dirinya untuk terlibat aktif dalam sukan. Dan menyatakan padanya sukan hanya akan menggelapkan masa depannya. Pelbagai pertanyaan yang tidak terjawab itu berkurang apabila loceng sekolah dibunyikan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pagi Sabtu itu, Syahmi sudahpun bersedia di tepi padang. Sejak awal lagi, dialah orang pertama yang sampai di sekolah. Syahmi ingat pesan Cikgu Zulkifli pada sesi taklimat semalam yang mengarahkan murid-murid yang berminat untuk sesi pemilihan ini agar datang awal dan membuat persediaan sendiri. Walau hati kecil untuk tidak turut serta dalam pemilihan ini kerana bencinya pada cikgu Zulkifli, dia tetap juga hadir kerana semangat dan iltizam yang tinggi terhadap sukan kegemarannya ini. En. Zulkifli telah mengarahkan dari awal agar mereka berlari perlahan mengelilingi padang dalam 5 hingga 10 pusingan. Dan itulah yang akan dilakukannya. Tanpa menunggu rakan-rakan yang lain, dia terus membuat senaman memanaskan badan dan regangan. Kemudian terus membuat larian.

Sehingga mencapai pusingan ke enam, baru terlihat kelibat beberapa orang murid lagi datang dan turut serta. Hanya kira-kira jam 8 pagi, barulah En. Zulkifli muncul. Sesi pemilihan pagi itu dimulakan dengan sesi memanaskan badan sebelum beberapa acara diuji bagi mencari dan mencungkil bakat murid-murid ini. Syahmi yakin yang dia akan terpilih untuk beberapa acara. Lompatannya yang mencecah sehingga 5 meter adalah yang paling baik dikalangan semua yang hadir. Dalam acara larian juga begitu, persaingan yang diberikan mungkin memberi peluang untuknya berjaya dalam sesi ini.

Sesi yang berakhir kira-kira jam 11 pagi itu ditutup dengan taklimat ringkas dari En. Zulkifli yang menyatakan tentang keputusan pemilihan hanya akan diumumkan kemudian. Walaupun beberapa wajah melihatkan wajah suka dan berkeyakinan, mereka tetap terpaksa menunggu dengan sabar. Segala kemungkinan hanya akan terjawab pada minggu hadapan. Syahmi dan beberapa orang rakannya terus bersiap untuk pulang. Penat latihan pagi itu perlu diganti dengan rehat yang panjang.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hari minggu yang berlalu pada hari itu tidak banyak yang dilakukan oleh Syahmi. Hanya duduk di rumah menolong ibunya menjaga adiknya yang baru berusia 4 tahun itu. Ayah bekerja. Hanya mereka bertiga sahaja duduk di rumah. Adik lelakinya itu agak aktif menendang bola dan Syahmi terus memohon kebenaran dari ibunya untuk membawa adiknya bermain di hadapan rumah. Takut jika dibiarkan adiknya terus bermain di dalam rumah menyebabkan pasu bunga kesayangan ibu yang diletak di tepi almari di ruang tamu itu pecah. Adiknya begitu gembira apabila Syahmi menyatakan hasratnya.

Mereka terus menyarung selipar dan bermain diluar rumah. Syahmi dan adiknya saling bertukar hantaran bola. Namun begitu, fikiran Syahmi tidak sepenuhnya di situ. Masih menerawang ke arah lain. Berfikir tentang pemilihan acara olahraga dan juga latihan bola sepaknya yang akan mula diadakan petang minggu hadapan.  Dia yakin yang dia akan terpilih dalam kedua-dua sukan tersebut. Namun, tentunya akan menjadi kesukaran buatnya untuk membahagikan masa. Syahmi mula sedar. Betul apa yang dikatakan oleh Cikgu Zulkifli. Masa depannya bukan dalam bidang sukan. Jika dia sibuk mengejar sukan, dia akan mengabaikan pelajarannya. Dia tidak mahu orang menghinanya. Cukuplah ibu dan ayah hidup dengan kepayahan. Dia tidak lagi mahu ibu dan ayah terus bekerja siang dan malam untuk sesuap nasi yang kadang-kadang hampir terlepas. Ubat kelaparan padanya hanyalah tidur. Dia tidak meminta dari sesiap. Malah ibu dan ayahnya tidak mengajarnya untuk menagih simpati. Kerana itu sehingga hari ini tidak semua rakan-rakannya tahu kesukaran hidupnya.

“Kadang-kadang dalam hidup ini kita perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Tuhan ada sebabnya sendiri untuk memberi dan mengambil. Benda yang kita anggap tidak penting yang kita perolehi mungkin boleh jadi perkara terbaik yang berlaku dalam diri kita.” Kata-kata Cikgu Zulkifli semasa dia dipanggil ke bilik guru baru-baru ini masih melekat dihatinya.

“Tapi kenapa saya cikgu? Ramai lagi anak murid yang cikgu ada kan?. Cikgu sendiri yang marahkan saya sebab saya bersukan.” Syahmi menyoal guru muda itu. Cikgu Zulkifli tetap tenang. Tersenyum melihat anak muridnya ini yang jelas menampakkan kematangannya biarpun hanya baru menginjak usia 12 tahun.

“Ada sesuatu yang ada dalam diri kamu, tiada dalam diri orang lain Syahmi. Kesungguhan dan keinginan kamu untuk berjaya membezakan kamu dengan rakan-rakan kamu. Walaupun semua itu baik untuk kamu, tapi kamu tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. Saya telah lalui perjalanan yang sedang kamu lalui.” Panjang En. Zulkifli bercerita. Membuka mukadimah. Syahmi masih diam mendengar dan cuba memahami.

“Cikgu percaya pada kamu. Cikgu tahu potensi yang ada pada kamu. Tapi cikgu risau, jika tiada siapa yang memberi panduan, kamu akan mudah hanyut. Peperiksaan UPSR hanya tinggal beberapa bulan lagi. Andai kamu leka dengan sukan, cikgu takut peluang untuk kamu lebih maju akan terhenti.” Syahmi mula tertunduk. Mengangguk kecil. Ada faham yang tercetus dikepalanya.

“Saya minta maaf cikgu. Kalau sebelum ini saya pernah bersikap kurang ajar terhadap cikgu. Saya malu cikgu. Saya tidak mahu semua orang tahu apa yang saya terpaksa lalui.” Syahmi cuba meluahkan sesuatu. Cikgu Zulkifli hanya terdiam. Terus memerhati butir bicara Syahmi yang seterusnya. Dia sendiri menyesali perbuatannya selama ini yang mudah memarahi anak muridnya yang seorang ini.

“Saya tidak marah jika kamu hendak bersukan, tapi seperti yang saya katakan, jangan sampai kamu mengabaikan pelajaran. Jika kamu mampu untuk membahagikan masa kamu dengan baik, tak mustahil untuk kamu Berjaya Syahmi, percayalah kata-kata saya” Cikgu Zulkifli terus memberi semangat kepada Syahmi. Mungkin benar. Cikgu ini hanya cuba mengambil hatinya semula selepas apa yang berlaku dahulu. Namun, Syahmi mengambil ini sebagai sesuatu yang positif. Dia tidak harus terus dibelenggu rasa resah dan kesal terhadap apa yang berlaku. Dia harus terus memandang ke hadapan. Semangat yang diberikan oleh Cikgu Zulkifli harus diambil dengan baik.

 Dia terus berusaha. Sukan dan pelajaran cuba diseimbangkan sebaik mungkin. Ini janjinya pada dirinya sendiri. Pada cikgu Zulkifli yang banyak membuka hati dan mindanya. Dia bukanlah budak kecil lagi. Masa depannya perlu dibentuk dari sekarang.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sejak itu, syahmi mula kembali seperti dahulu. Menjadi pelajar yang aktif. Pandai bersosial dengan rakan-rakannya. Syahmi juga berusaha sedaya upaya untuk memastikan kerja rumahnya sentiasa diutamakan. Walau masih perlu membantu ibunya digerai pada waktu malam, dia tetap memastikan yang dirinya sentiasa dalam keadaan bersedia di waktu pagi. Ibunya juga mula faham dan senang dengan perbezaan yang ketara itu. Ibu sentiasa menyokong tindakan Syahmi. Syahmi anaknya yang rajin.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kejohanan Olahraga baru-baru ini telah berakhir dengan satu pengalaman yang cukup manis buat Syahmi. Walaupun tidak mampu untuk merangkul kejayaan sebenar, namun baginya, kejayaan menyumbangkan pingat perak buat sekolah dalam acara lompat jauh dan 200 meter serta pingat gangsa dalam acara 4 x 100 meter cukup memuaskan hatinya. Malah, Cikgu Zulkifli sendiri mengucapkan tahniah buat dirinya yang telah mencipta sejarah kerana inilah kali pertama terdapat anak murid di sekolah ini yang berjaya mendapatkan pingat untuk sekolah. Malah usaha, semangat, komitmen dan disiplin yang ditunjukkan benar-benar memberikan kesan buatnya. Dia menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain. 

Pernah sekali cikgu Zulkifli datang ke gerai ibunya. Bangga melihatkan sikap anak muridnya itu yang sudah pandai membantu ibunya walhal di usia semuda itu, seharusnya dihabiskan dengan bermain bersama rakan. Syahmi juga terharu dengan kehadiran gurunya itu. Memang dahulu inilah guru yang paling dibencinya. Tapi sekarang, semuanya sudah berubah. Dengan sedikit kata-kata semangat dan motivasi, dia telah mampu untuk berubah. Keputusan peperiksaan pertengahan Tahun baru-baru ini juga menambahkan keyakinannya untuk terus melakar kejayaan.

Hari ini Syahmi mampu tersenyum riang. Segala penantiannya selama ini membuahkan hasil. Usaha dan keazamannya yang tinggi. Dan terus kejayaan itu menjadi miliknya, semuanya bermula dengan jasa gurunya yang tidak mudah menyerah kalah. Guru yang banyak membimbing dan memberi panduan kepadanya. Dia terus menempa kejayaan demi kejayaan. Syahmi bersyukur dan berterima kasih.  Walaupun sedih kerana akan meninggalkan alam persekolahan sekolah rendah, dia tetap akan memastikan hubungan yang dibina di sekolah yang memulakan segalanya ini tidak akan terputus. Apatah lagi hubungannya dengan guru yang paling disayangi. En. Zulkifli. Itu janjinya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“Cikgu... ” Syahmi bersuara. Menegur lelaki bertali leher yang sedang bergerak ke Blok Bangunan. En. Zulkifli  menoleh. Memandang lama ke arah Syahmi. Matanya dikecilkan sedikit. Cuba mengingati siapa lelaki yang berada di hadapannya itu. Syahmi tersenyum. Manis.

“Cikgu masih ingat pada saya?” Syahmi menyoal. En. Zulkifli mula tersenyum. Ada kepastian dihatinya. Inilah anak muridnya dahulu. Yang banyak mengubah dirinya. Yang mengajarnya menjadi seorang guru. Walau banyak ilmu yang diperoleh semasa belajar di Universiti, tetapi, di sekolah inilah dia berjumpa dengan Syahmi. Mengenal segala perit yang dilalui budak kecil ini. Dan akhirnya, murid yang pernah mengisi hatinya dengan pengalaman hidup ini sedang berdiri dihadapannya. Bertali leher. Kemas.

Syahmi mendapatkan tangan gurunya itu. Di cium erat tangan itu. En. Zulkifli terus menarik badan Syahmi dan memberikan dakapan kasih. Kerinduan jelas terpancar dari wajahnya melihat bekas anak muridnya itu.

“Cikgulah manusia yang telah banyak membentuk saya. Membentuk masa depan saya. Cikgulah pengaruh besar saya hingga saya menjadi manusia seperti sekarang. Terima Kasih cikgu.” Itulah ayat keramat yang ingin diluahkan kepada gurunya itu. Syahmi dan En. Zulkifli terus tersenyum. Masih banyak cerita yang ingin dikongsi. Mereka terus beredar dalam keriuhan pagi sekolah itu.


-tamat-

Monday, March 31, 2014

Selamat Berjuang Akmal Danial..

Diam tak diam hampir 10 tahun perkenalan aku dengan Akmal Danial yang selama ini menjadi anak murid aku, dan sekarang setelah meningkat remaja, menjadi sahabat yang banyak berkongsi cerita, bertukar pendapat dan memberi ilmu.. Jika dahulu, aku yang selalu bercerita dan dia menjadi pendengar, sekarang dengan peningkatan usia, ilmunya juga dah melebihi aku,.. :).. seorang anak murid, adik dan rakan yang begitu bersungguh dalam setiap apa yg dilakukan, berkomitmen sehingga kadang-kadang aku sendiri segan dan malu.. Mungkin kalau dilihat sebetulnya, Akmal Danial bukanlah seorang atlit yang mapu bawa kejayaan buat sekolahnya.. dan dia pon mengakui.. tapi dengan dialah aku belajar betapa dengan kesungguhan yang ada, pasti kejayaan akan diperoleh.. sebak bila ingatkan kemenangan tempat ketiganya dlm acara Lompat Jauh MSSD 2014 lalu.. nampak kepuasan kat setiap tweet dan kata-katanya.. semangat yg selalu aku cuba cari dari setiap murid aku..  
Dan hari ini, 31 Mac 2014.. Akmal akan menempuh dunia baru.. rezeki untuk ke MRSM.. Alhamdulillah.. Akmal ditempatkan di MRSM Serting, Negeri Sembilan.. tak laa jauh mana! haha! belajar disebuah sekolah asrama..  Jujurnya, aku tahu Akmal ada kekuatan dalaman.. walau hakikatnya aku takut sebab Akmal bukan mudah berkawan.. dan bukan semua senang untuk mendekatinya.. 

Selepas ni, siapa pula nak bercerita tentang dunia sukan dengan saya? yang nak ajak saya ke McD malam-malam utk study? yang tak kisah dengar suara saya yang annoying waktu karaoke? yang akan rampas phone saya kalau saya sibuk main phone waktu bawak kereta? yang akan selalu mengadu migrain and headache dekat saya? hmmmm... .. saya hilang Akmal hari ini.. tapi saya yakin saya akan bangga tengok Akmal satu hari nanti... saya pasti.. :)

Jaga diri Akmal baik-baik.. :')


Life would be beautiful, when it is fulfilled with a people like you! :)

Thursday, February 20, 2014

BERAKHIRNYA SEBUAH EPISOD KEMBARA DI FAKULTI PENDIDIKAN UiTM

Ingatkan saya nak mulakan tahun 2014 dengan post berkenaan dengan apa yang berlaku dlam hidup saya sepanjang tahun 2013.. tapi atas kesibukan (hmmm..).. terlepas gak peluang masa itu... so, saya gunakan masa yang ada ini untuk post berkenaan dengan perkara lain pula..

Jumaat lepas (14 Febuary 2014) result UiTM saya keluar.. Result terakhir sebagai student degree.. Cuak? tentulah.. selama ni saya selalu gambarkan pada anak murid saya, yang saya boleh jadi contoh teladan terbaik buat diorg.. saya seorang yg berkomitmen tinggi, rajin dan selalu cuba menjadi yang terbaik.. dan saya harap diorang pun mampu menjadi yang terbaik.. Sehinggalah pada semester 8, saya mula rasakan bahang kesibukan yang melampau.. Sedang sibuk fokus untuk semester terakhir pun, saya masih bekerja.. sedang rakan lain sibuk menyiapkan thesis diorang, saya hanya melihat dari kata hati yang selalu tak terluah.. "matilah.. thesis aku tak mula lagi..".. Sehingga ada kalangan rakan-rakan yang menjadikan saya sumber rujukan mereka.. dan kalau tak silap saya, 3 minggu terakhir sesi kuliah baru saya fokus dengan thesis saya.. itupun dengan sedikit kegentaran kerana advisor thesis saya agak bertegas dengan saya.. tapi saya tahu, pengalaman yang saya ada sebenarnya membantu saya sepenuhnya.. 

Tapi seperti biasa, dalam kesibukan yang tidak ada penghujungnya, saya masih lagi dengan diri saya yang tamak.. haha! entahlah.. bukan dah biasa menguruskan event, so saya terima cabaran menjadi setiausaha bagi Paintball Tournament, Pengarah program SUPER13, anchor man untuk Forum berkenaan disabilities.. Dan Alhamdulillah, saya gunakan segala pengalaman yang ada dan sangat berbangga dengan diri saya sendiri.. ;D

Dan result yang keluar baru-baru ini menjadikan saya manusia yang amat bersyukur.. Alhamdulillah.. untuk thesis yang saya buat dalam tempoh masa yang sngkat serta validity dan realibility yang boleh diragui, saya masih diberikan gred B.. Apa lagi yang saya harapkan? saya ambil ini sebagai pengajaran untuk saya jika masih ada peluang untuk menyambung master selepas ini.. 

Selain itu, walaupun GPA saya pada semester 8 ini yang paling teruk saya perolehi sepanjang 8 semester di Fakulti Pendidikan ini iaitu 3.40... saya tak rasa bersedih.. sebab apa? saya berjaya menamatkan pengajian saya dengan Ijazah kelas Pertama.. 3.61!!!! Gembira? pada saya puas lebih sesuai.. saya dapat rasakan kepuasan yang tak dapat saya gambarkan.. Kepuasan kerana saya baru tahu, yang saya juga tergolong dalam pelajar yang cemerlang.. bukan itu sahaja.. inilah bukti yang akan menjadi contoh kepaada anak murid saya untuk percaya dengan kebolehan saya dan mungkin menjadi pendorong untuk mereka berjaya di masa hadapan..seperti apa yang saya coretkan di Facebook saya...


Syukur Alhamdulillah.. Allah Maha Besar.. 4 tahun saya diuji, diduga cabaran kejatuhan, dianugerah dengan kekuatan.. dan hari ini, saya hadiahkan seluruh hidup saya buat family saya yg banyak bersabar dengan kekangan waktu dan ruang masa, rakan2 saya yg melengkapkan setiap pahit dan manis, anak murid yg sudi mendengar rintihan hati saya, dan semua disekeliling saya yg sentiasa menjadikan saya kuat untuk hari esok.. 4 tahun lalu impian saya kecil.. hanya untuk menggenggam segulung Ijazah, tapi Insha Allah, Konvokesyen akan datang, saya bakal dianugerahi Ijazah Kelas Pertama.. Walau terlepas peluang menerima Anugerah Naib Canselor, sy tetap bersyukur.. BesarNya rahmat Tuhan, setelah banyak ujian yg diberikan.. :'D.. Syukur dan Terima Kasih buat semua..Terus doakan kejayaan kita semua.. Inilah permulaan baru buat saya... untuk episod yang seterusnya~

Saya Mula Bermimpi yang besar-besar.. ;'D

Dan semoga mimpi saya selepas ini diselaputi keindahan.. Buat semua yang berada dalam hidup saya selama 4 tahun menghambakan diri di Fakulti Pendidikan UiTM.. syukur dan Terima Kasih.. And this is some of the recording moment selama saya dan rakan-rakan bakal guru PJK saya yang bertungkus lumus selama 4 tahun menamatkan pengajian kami!! Thanx for the journey guys!! ;'D.. Perjuangan kita masih terlalu jauh...


This is going to be the great memories for our future.. ;D