Tuesday, March 22, 2022
MENERIMA AMANAH : SEBUAH PENGHARAPAN
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Segala puji hanya kepada Allah, Tuhan
semesta alam. Ya Allah, dengan redhaMu aku mohon agar amanah yang diterima ini
dapat digunakan sebaiknya. satu lagi pengharapan dan saya yakin kepercayaann
dari pihak pengurusan sekolah buat saya. Untuk tahun ini, saya kembali diberi
peranan sebagai Setiausaha Sukan. Jawatan yang saya lihat sebagai sangat
mencabar. lebih lebih bagi dalam suasana dunia hari ini. Dua tahun kehilangan
rasa. Hilang rasa untuk kerana ditebak dengan satu ancaman dunia. Ditegur oleh
Allah S.W.T dengan cara yang sebegini. Dan sebagai manusia biasa, kita harus
belajar untuk patuh dan menerima hakikat. Dan dua tahun ini telah membiasakan
diri kita untuk hidup dengan segala macam prosedur, pematuhan kepada segala
macam undang-undang. Dan banyak yang boleh kita pelajari dari semua ini.
Berbalik semula pada penjagaan kebersihan diri. Ini sebahagian dari iman.Terima
kasih team Kokurikulum 2021/22. We did such a great job. walaupun tiada
pencapaian peringkat antarabangsa, saya yakin semua faham situasi yang dialami.
Thank you Team!! Setiap kepedihan dan rasa sedih itu akan sembuh seiring dengan
berlalunya masa. Time will healing. Akan dan telah aku campak apa sahaja rasa
yang menjatuhkan. Biar terus menjadi pengalaman dan kenangan. Dan pastinya semua
memberi pengajaran berguna buat aku. Allah tak akan meletakkan kita ditempat
paling bawah tanpa sebab. Pastinya Allah akan meningkatkan darjat kita. Jangan
pernah bersangka buruk dengan Allah.
Dan untuk sesi 2022/2023 ini, apa yang saya harapkan bukan lagi seperti masa
mula mula ditempatkan disekolah ini. Bukan kerana telah luntur semangat, tapi
lebih kepada redha dengan apa sahaja yang diberi. Seterusnya, pengharapan saya
pastinya pada peningkatan kualiti kerja, penyerahan jiwa kepada tempat saya
mencari rezeki dan seterusnya, untuk saya terus berharap dan berdoa agar segala
urusan tahun ini dipermudahkan. Saya yakin banyak lagi yang saya boleh beri,
yang saya boleh tawarkan. Dan saya yakin juga menjadi guru adalah jalan yang
saya pilih. Moga saya terus mendapat sokongan dari semua! So 2022, bring it on!!
"Jika semua yang kita rancang tidak menjadi, ingatlah.. manusia merancang dengan cita, tetapi allah merancang dengan cita-cita"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment