Sunday, July 7, 2013

Satu Angka, Satu Usia, Satu lagi Tanggungjawab.. :D

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!

Alhamdulillah, hari ini Tuhan masih terus beri saya peluang untuk satu lagi usia baru.. dengan bertambahnya usia, maka bertambahlah usaha dan tanggungjawab saya di dunia ini.. perjalanan yang tidak tahu dimana akan tiba hujungnya ini.. tapi saya percaya dengan setiap apa yang Tuhan jadikan.. Hari esok masih tidak menjanjikan apa, tapi sebagai bekalan untuk sesuatu yang tidak pasti itulah, saya kena bersedia pada hari ini kan? :D

Aqim-Syahmi-N saya! :D
Alhamdulillah gak, Hari yang istimewa ni jugak, Tuhan penuhkan dengan masa yang banyak saya luangkan bersama insan2 tersayang yang ada disekeliling saya.. Seawal pagi, ada pula event sport day di SK TTDI Jaya.. so, saya gunakan masa yang ada dengan melepak kat SK TTDI Jaya jek bersama Aqim n Syahmi Khalid.. Akmal join later on.. sempat gak lunch dekat Anjung Selera and melepak kat Space U8 dengan diorg bertiga ni.. First time rasanya dapat kumpulkan tiga2 student terbaik yang saya pernah ada.. walaupun dah tak satu sekolah, hubungan saya dgn diorg still very close.. itulah yg saya anggap hadiah dari Tuhan untuk saya sempena Birthday saya ni~ :D


Amirul Aiman my #OtherHalf
And a day before (6th July 2013), dapat gak spending my time dengan Amirul Aiman.. anak murid kesayangan saya yg terbaru.. Tahun 2013 ni, Tuhan tambah dan murahkan rezeki saya dengan kehadiran student seorang ni.. banyak gak yang nak cerita pasal Aiman ni, tapi apapon, dialah yang banyak hidupkan semangat saya sepanjang tahun 2013.. macam2 kerenah yang saya lalui dengan Aiman ni, kadang-kadang kesian gak kat dia, yang terpaksa belajar dunia saya.. tapi apa yang saya nak katakan, inilah hadiah paling besar yang saya dapat untuk tahun ni..


Kalau jumpa girl yang macam ni, baru syok buat awek!
Dan untuk kehidupan saya sendiri, sehingga sekarang Tuhan masih tak temukan saya dengan pasangan hidup yang sesuai, ada sahaja yang menepati citarasa, tapi dah jadi milik orang.. kawan2 saya semua cakap yang saya ni susah sebab high taste sangat.. so, untuk satu lagi usia yang baru ni, hajat saya cuba nak merendahkan taste saya sikit.. Haha! but still, mestilah nak cari calon isteri yang cun kan? paling koman pun iras2 Neelofa.. Hahaha! InshaAllah, moga dipermudahkan dan dipercepatkan urusan jodoh saya.. dalam masa yang sama, saya tahu, masih ada benda yang perlu saya kejar.. dengan study UiTM yang akan berakhir tahun depan.. tak sabar rasanya nak habiskan belajar.. huhu.. tapi sekarang dalam dilemma gak nak terus sambung master utk jadi lecturer atau teruskan niat nak jadi cikgu.. Hmmmm~


And buat family, rakan-rakan, student n semua yang mengenali saya, doakan lah kejayaan saya dalam setiap apa yang saya lakukan, moga dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan saya di dunia ini dan diakhirat nanti.. Ameen! Eh, Salam Ramadhan 1434H.. berapa hari lagi jek.... ;)


No comments:

Post a Comment